Monday, May 08, 2006

Siang. Hujan. Aku datang bersama kawan, jumpa kawan yang lain. Ada Hasmi juga, seorang penulis. Bekas seorang pelajar seni. Dilihatnya aku, mungkin sinis, aku tak peduli. Mampus ko ler.
Dah tentu dia tak dengar.Tak akan siapa pun dengar.
Kami menunggu, tak lama. Tiga orang lagi pun melangkah masuk ke Tupai-Tupai.
Didahului Fathi yang seperti biasa akan senyum. Melangkah bersama beg galasnya, yang isinya pasti, aku kata pasti, terisi dengan buku.
Air sudah ada atas meja. Kertas yang ingin dibentangpun sudah dikeluarkan. Hanya menunggu korum dipenuhi.
Kami menanti.
Orang mula ramai mengelilingi meja.
Kertas pertama, falsafah sains. Prinsip Tidakketentuan. Aku pun tak tentu. Tak tahu!
Kertas kedua, khalwat. Menggelabah juga aku. Habis juga. Lunyai, macam Zdena digumuli Mirek. Huduh tapi dijilat habis. Jilat ……setakat itu.
Esoknya.
Hujan. Bersama Pak Khalid. Dikisahkan dari Illiad, Mahabrata lalu diakhiri …”rebahnya zakar Sultan Mahmud…”
Terharu aku. Pak Khalid umpama tersesat di dalam Perpustakaan Babel. Jenuh buku. Berlambak ilmu pengetahuan. Capek kau nanti.
Gila dia bercerita. Semacam Homer juga dia ni.

Hmm…lain kalilah aku bercerita mengenai Borges( Bor-Hay)
Bukan Maradona dan Kempes jer datang dari
Argentina.
Penulis Kompilasi Esei Labyrinth dan Minaturnya juga dari situ.
Neruda juga dari situ.
Orang tua dari
Malaysia juga suka main kuda di sana…sihat. Dia bilang begitu.

Kami tiada lagi di Telawi, kini ke sebuah bukit, walaupun memanjatnya dengan kereta, ia mengingatkan aku kepada kepada kepayahan Sisipus. Ah lebih tepat kepada Mas Goen, ya Goenawan dari
Indonesia. Sememangnya bukan Camus yang ada di kotak fikiran sekarang.Lawan Mas Goen ada di Malaysia. Sudah menjangkau usia separuh abad lawannnya itu. Tua dari Bukit Beruntung itu lagaknya(sememangnya) seperti orang pandai dalam lukisan Sekolah Athena. Kali ini dari Smith berlanjut ke Feeble of The Bees. Pasaran bebas, liberalisme dan kebebasan individu.
Masa berlalu…….
Habis…. aku pulang
Aku mahu datang lagi. Aku mahu rasa bodoh dan kerdil lagi.
Sudah tentu tidak selama-lamanya. Apa lagi, lepas ini sapere aude.
Malam.Hujan. Sejuk.
Sebuah bahan bacaan. Kundera dari Czech.

Itulah nama pengarangnya, judulnya Book Of Laughter and Forgetting.
Lari pengarang ini dari Negara asalnya. Menumpang di Peranchis sehingga diiktiraf sebagai novelis besar.(sudah mendapat taraf warganegara Negara angkatnya)
Ada yang mengaku membaca novelnya yang lain iaitu The Unbearable Lightness of Being. Dan semua buku yang aku pegang, bukan baca! Kekadang hanya untuk simpan balik di raknya. Dia mengaku sudah baca. Aku ragu! Orang ini mengaku membaca sudah banyak. Tetapi…..tidak ada kesan.

Benar-benar meragukan.
Air mani pun ada kesan forensik sehingga hari yang ke tujuh!

Tapi aku kenal orang yang namanya Paris.

Yang memperkenalkan aku akan Life is Elsewhere. Bercerita dia mengenai erotisnya karya Kundera ini. Memang pun. Habis lapis berahi, ah berahi lagi, mana tidaknya, orgy! Watak dua wanita melayan watak seorang lelaki. Ghairah lelaki itu dihimpit fantasi di bilik mandi awam berpuluh tahun sebelumnya. Tidak mampu mencipta imajinasi! Kesan kongkongan. Tiada kebebasan. Isterinya pula, sebelum berkahwin a priori bebas, selepas kahwin a priori dicengkam rasa bersalah kepada suaminya dan ibu mertuanya. Dia harus sentiasa berkorban.

Juga kepada Habermas.
Pewaris Frankfurt School yang terkenal itu. Manusia Jerman yang masih hidup itu memperkenalkan teori communicative action. Hasil terkesan dari pengalaman mulutnya yang sumbing. Susah nak berbual dan berkomunikasi bilangnya. Ideanya bukan di situ sahaja. Ia bergerak, lalu terciptalah public sphere. Ruang yang bukan fizikal. Ruang yang abstrak. Mengambil contoh dari zaman Pencerahan. Pabila salon dan café dipenuhi borjuis. Mereka mengambil peluang untuk berbincang dengan bebas tanpa sekatan dari Rejim Louis XVI. Mereka tidak mahu terkongkong dengan kehendak sesebuah kerajaan yang autokratik. Begitulah, dari abstrak melimpahi ruang fizikal.

Pada malam yang lain. Dingin. Asap rokok yang putih memanjang naik lalu terkepung. Bilik itu kecil. Seorang manusia, yang manusia lain kata kisah hidupnya boleh di novelkan.
Kisah cintanya.
Ya, kisah cinta,
Cinta.
Cinta. Air mata?
Kami keluar dari bilik itu,
Rumah itu,
Perbukitan itu.
Kami ke Telawi. Kami ketawa, minum dan bersembang.
Kami bukan main-main. Bukan sebarang yang kami bincangkan.