Thursday, May 25, 2006

AKU BUKAN KOMUNIS 2

Kerajaan Otoritarian adalah sebuah pemerintahan yang menidakkan kebebasan, kata Karl Popper. Secara dasar dan tepat saya rasa itulah definisi terbaik. Kita lupakanlah samada kiri atau kanan, ataupun komunisme ataupun tidak. Yang penting kita menentang pemerintahan yang bertitik-tolak dari satu tesis yang mereka mengetahui semua, semuanya dalam jangkauan pengetahuan mereka. Oleh kerana mereka mengetahui semuanya, maka segala tindak tanduk manusia boleh diatur dan diarah untuk kununnya “ tujuan bersama”(common purpose). “Common Purpose” merupakan satu senjata ampuh bagi mana-mana penguasa dan kita jangan lupa sesungguhnya “Power is corrupt, absolute power corrupt absolutely”. Terjun untuk menunaikan cita-cita bersama sang pemerintah di dalam kerangka bahawa mereka mengetahui yang terbaik dan merekalah sebaik-baiknya mengatur(planning), umpama menyerah leher untuk disembelih. Ini lah bagi saya intipati penting yang harus diulas oleh saudara Zainul Arifin. Kegagalan untuk menyerang dasar ataupun mengenalpasti esensi otoritarian dan totalitarian ini( samaada sengaja ataupun tidak) benar-benar fatal untuk perkembangan masyarakat Malaysia. Kecualilah memang tujuan tulisan itu untuk membodohkan massa.


.

3 Comments:

Blogger Khalid Jaafar said...

Bravo!

8:17 AM  
Blogger pidosan said...

Yang penting kita menentang pemerintahan yang bertitik-tolak dari satu tesis yang mereka mengetahui semua, semuanya dalam jangkauan pengetahuan mereka. Oleh kerana mereka mengetahui semuanya, maka segala tindak tanduk manusia boleh diatur dan diarah untuk kununnya “ tujuan bersama”(common purpose)

ya benar, ini mmg sangat aku setuju.

11:33 AM  
Blogger Dhani said...

rajin tul awak menulis panjang. berpinar mata saya nak baca kat komputer. nak kena cetak dan baca baru best.hehe.hai abg eekemal.apa habaq? :)


www.bilik.blogspot.com

8:56 PM  

Post a Comment

<< Home